Laman Utama | Pembayaran | Pengesahan | Disclaimer | Affiliate | Hubungi | Blog

PENAFIAN DAN TERMA PERKHIDMATAN

Buku panduan ini dihasilkan untuk memberikan pengajaran dan menyalurkan maklumat umum mengenai subjek yang dibincangkan. Ia tidak boleh dianggap sebagai mengandungi nasihat kewangan, sekuriti atau perakuan sekuriti.

Strategi yang disebut di dalam buku ini mungkin tidak sesuai untuk setiap individu dan tidak dijamin dapat menghasilkan kesan tertentu kepada semua pihak.

Walaupun segala usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan informasi di dalam buku ini ketika penulisan, namun begitu informasi selalu bertukar dengan cepat. Oleh itu, sesetengah dari maklumat yang ada di dalam buku ini mungkin sudah tidak tepat ketika anda membacanya. Juga, kemungkinan ada kesalahan tipografi dan kandungan.

Tidak ada jaminan yang diperakukan bahawa maklumat yang terkandung di dalam buku panduan ini adalah tepat dan lengkap. Pengarang serta penerbitnya dengan ini secara khususnya tidak bertanggungjawab atas apa-apa risiko, kehilangan, liabiliti, sama ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan dan aplikasi kandungan buku panduan ini, secara langsung atau tidak langsung.

Anda dirayu supaya membaca semua bahan-bahan yang ada, belajar seberapa banyak tentang Rahsia Perniagaan Mail Order dan perkara yang dibincangkan, dan menjalinkan maklumat ini dalam keperluan diri anda sendiri.

Dengan pembelian buku panduan ini, anda tertakluk oleh syarat-syarat di atas.


Berikut adalah syarat-syarat penggunaan Laman Web RahsiaPerniagaanPos.com serta hak dan kewajipan anda semasa mengakses dan/atau menggunakan perkhidmatan di laman web ini.

Sekiranya anda mengakses Laman Web ini, ia merupakan pengakuan dan persetujuan bahawa anda terikat kepada syarat-syarat ini dan dengan ini, terbentuklah satu persetujuan di antara anda sebagai pelanggan, dan kami, RahsiaPerniagaanPos.com bagi akses dan/atau penggunaan Laman Web ini.

Syarat-syarat ini akan menggantikan syarat-syarat terdahulu yang anda terima atau akses menerusi Laman Web ini. Penggunaan dan/atau akses anda kepada perkhidmatan ini seterusnya akan dianggap sebagai penerimaan syarat-syarat ini.

HAD LIABILITI

Anda dengan jelas memahami dan bersetuju bahawa RahsiaPerniagaanPos.com tidak bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung, yang berkaitan atau khusus, turutan atau exemplary, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian berbentuk kehilangan keuntungan, kepercayaan atau kerugian tak ketara yang lain akibat daripada:

Penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan perkhidmatan ini; kos perolehan barangan dan perkhidmatan gantian berikutan pembelian sebarang barangan, data, maklumat atau perkhidmatan atau mesej yang diterima atau transaksi yang dibuat menerusi atau daripada Laman Web ini; akses tanpa kebenaran atau perubahan dalam penghantaran atau data anda; kenyataan atau tindakan pihak ketiga di Laman Web ini; atau perkara-perkara lain yang berkaitan dengan Laman Web ini.

PAUTAN/HIPERANGKAI

RahsiaPerniagaanPos.com boleh menyediakan pautan kepada laman web yang lain. Laman-laman web tersebut dimiliki dan dikendalikan oleh pihak ketiga dan oleh itu, RahsiaPerniagaanPos.com tidak mempunyai kawalan ke atas laman dan sumber tersebut. Anda mengakui dan bersetuju bahawa RahsiaPerniagaanPos.com tidak bertanggungjawab terhadap laman dan sumber luar tersebut dan tidak menyokong serta tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kandungan, iklan, produk atau bahan-bahan lain yang disediakan di laman dan sumber tersebut. Anda seterusnya mengakui dan bersetuju bahawa RahsiaPerniagaanPos.com tidak bertanggungjawab, secara langsung atau tidak langsung, terhadap sebarang kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh atau dipercayai sebagai sebabnya atau dikaitkan dengan penggunaan atau pergantungan ke atas kandungan, barangan atau perkhidmatan yang disediakan di atau menerusi laman atau sumber tersebut.

PENAMATAN

RahsiaPerniagaanPos.com boleh menamatkan akses anda ke mana-mana bahagian perkhidmatan atau seluruh perkhidmatan dan mana-mana perkhidmatan yang berkaitan pada bila-bila masa, dengan sebab atau tanpa sebab, dengan notis atau tanpa notis, dan berkuatkuasa serta-merta. RahsiaPerniagaanPos.com boleh juga menamatkan atau menggantung akaun anda yang tidak aktif, iaitu, didefinisikan sebagai kegagalan untuk menggunakan perkhidmatan Laman Web menerusi akaun tersebut bagi suatu tempoh tertentu. Anda bersetuju bahawa RahsiaPerniagaanPos.com tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas penamatan akses kepada perkhidmatan tersebut.

PERUBAHAN KEPADA SYARAT-SYARAT PERKHIDMATAN

RahsiaPerniagaanPos.com mempunyai hak untuk membuat perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini pada bila-bila masa dengan memberi notis terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, dalam keadaan kecemasan atau demi menjaga keselamatan Laman Web atau dalam keadaan di luar kawalan, di mana RahsiaPerniagaanPos.com mendapati perlunya untuk mengubah, mengubahsuai, membatal atau menambah syarat-syarat ini, ia akan berbuat demikian tanpa notis terdahulu kepada anda. Adalah dipersetujui bahawa anda akan mengakses dan meneliti syarat-syarat ini dari semasa ke semasa untuk mengetahui sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan yang terkini. Anda selanjutnya bersetuju dan menerima bahawa akses secara berterusan dan penggunaan syarat-syarat (yang diubah atau diubahsuai dari semasa ke semasa) akan dianggap sebagai penerimaan anda terhadap sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini.

PENGUBAHSUAIAN KEPADA PERKHIDMATAN

RahsiaPerniagaanPos.com mempunyai hak untuk mengubahsuai atau menamatkan perkhidmatan (atau sebahagian daripada perkhidmatan) sama ada secara sementara atau tetap pada bila-bila masa dengan notis atau tanpa notis. Anda bersetuju bahawa RahsiaPerniagaanPos.com tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas sebarang pengubahsuaian, penggantungan atau penamatan perkhidmatannya.

UMUM

Syarat-syarat ini hendaklah dibaca bersama dengan Syarat-syarat Standard. Sekiranya ada syarat yang tidak konsisten atau percanggahan di antara syarat-syarat ini dan Syarat Standard, syarat-syarat ini akan diterimapakai.

Tajuk-tajuk yang digunakan di bawah syarat-syarat ini hanya untuk rujukan dan tidak boleh diambilkira dalam tafsiran syarat-syarat ini.

Sekiranya mana-mana peruntukan syarat-syarat ini menyalahi undang-undang atau tidak sah di sisi undang-undang atau peraturan-peraturan sekarang atau yang akan datang, peruntukan tersebut akan diasingkan dan syarat-syarat ini akan ditafsirkan seolah-olah peruntukan yang tidak sah itu tidak wujud dan syarat-syarat ini bersama-sama peruntukan lain akan berkuatkuasa sepenuhnya tanpa dijejaskan oleh peruntukan yang menyalahi undang-undang atau yang tidak sah.

DASAR PRIVASI

RahsiaPerniagaanPos.com boleh menyimpan maklumat peribadi anda. Kami juga boleh memberi sesetengah maklumat terkumpul dalam data pendaftaran atau data berkaitan dengan pihak ketiga dengan syarat maklumat tersebut tidak mengenalpasti mana-mana orang perseorangan kecuali dibenarkan oleh anda atau atas tujuan yang baik bahawa tindakan tersebut adalah munasabah dan berlandaskan kepada undang-undang, proses perundangan atau selaras dengan syarat-syarat atau keadaan seperti yang dinyatakan dalam dasar privasi kami, tertakluk kepada pindaan yang dibuat dari semasa ke semasa.

HAK CIPTA

Hak cipta Laman Web RahsiaPerniagaanPos.com dan kandungannya yang termasuk maklumat, teks, imej, grafik, fail suara, fail video dan susunannya serta bahan-bahannya ialah kepunyaan RahsiaPerniagaanPos.com kecuali dinyatakan sebaliknya. Tiada mana-mana bahagian Laman Web ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada RahsiaPerniagaanPos.com

 

Hakcipta Terpelihara © 2008, RahsiaPerniagaanPos.com
"Bagaimana Menjalankan Perniagaan Yang Lumayan Di Rumah"

Faqih Homebase Business

1A-G 07 Apartment Telok Air Tawar Indah,

Telok Air Tawar Indah, 13050,

Butterworth, Pulau Pinang.